Thursday, April 1, 2010
Panggilan temuduga untuk abang
Esok 2 April abang ada temuduga di KOMTAR Penang. Wah dah dua kali dipanggil oleh pihak SPA bagi jawatan yang sama. Tahun lepas di Kuala Kedah, ingat lagi time tuh zu ikut sekali tunggu agak lama jugak..saja je gatal nak ikut hihi. yang paling lawak zu bersembang ngan sorang makcik yang sedang menunggu anaknya menghadiri temuduga yang sama juga. Boleh ke dia kata zu tunggu abang ke, mean abang di sini ialah abang kandung..wah zu dah tersenyum simpul dah abang hihi sambil jawab zu kata bukan abang tapi saya tunggu suami saya. Owh makcik tu riak muka dia macam terkejut sikit.(ehem..ehem zu kiut sangat kot sampai makcik tu tak sangka zu ni isteri orang). Esok disebabkan kat Penang, zu beria-ia nak ikut walaupun pada mula abang nak g naik moto je tak nak bawa kereta sebab situ abang cakap susah nak cari parking..zu wat muka sepuluh sen..sebab nak ikut jugak..but finally abang kata ok la dia bawa zu jugak. Kenapa zu nak ikut sangat coz kan situ tempat shopping so cuci mata kalau ada yang berkenan leh melekat hihi...tugas zu malam ini iron baju abang cantik-cantik(bodek untuk esok hihi kot2 ada barang yang berkenan dihati boleh minta abang belikan kan :-p ). Apa pun gud luck to my beloved husbnd..gud luck sayang!!!chaiyok!chaiyok!!
No comments:
Post a Comment