sebenarnya dunia seni tekat ni bukanlah seni baru dalam masyarakat kita, sebaliknya seni ini dah lama wujud dalam masyarakat Melayu. tapi seni tekat ini dipercayai bermula di dalam kalangan masyarakat yang mempunyai kedudukan taraf sosial yang tinggi.seperti golongan istana pembesar dan sebagainya. disebabkan itulah seni tekat benang emas ini kurang dikenali dalam masyarakat kita terutamanya pada hari ini. ketika ini warisan seni tekat ini masih berkembang di negeri Perak terutamanya di Kuala Kangsar.mengapa di sana bukan di negeri lain?.pendapat zu, disebabkan seni ini berkembang dalam masyarakat istana maka seni ini sukar sekali ditembusi oleh masyrakat kebanyakan seperti rakyat jelata..kuala kangsarkan salah sebuah bandar diraja, maka tidak hairanla kenapa seni tekat ini senang diperolehi di kuala kangsar selain tempat-tempat di negare lain.kalau melihat perkembangan seni ini pada masa kini, penghasilannya agak terhad mungkin sama dengan penghasilan suatu ketika dahulu(kerana hanya untuk golongan istana sahaja), malah orang yang tahu menghasilkan tekat ini sahaja agak kurang banyak dimonopoli oleh golongan yang berusia. anak-anak muda sedikit sahaja yang mahu mendalami ilmu tekatan ini. kalau zu diberi peluang ingin juga merebut peluang tersebut. sayang rasanya seni masyarakat kita dipinggirkan begitu sahaja.
tepak sireh tekat benang emas
sumber: Ramadeyah's fotopages
kipas pengantin tekat benang emas
sumber: Ramadeyah's fotopages
No comments:
Post a Comment