Thursday, October 20, 2011

Sabah

Baru-baru ni Zu n family bersekempatan melawat ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Percutian 5 hari 4 malam tu memang best...tapi macam tak cukup rasa nak pergi sekali lagi, insyallah hehe...idea nak pergi ke Sabah ni bermula apabila abang zu ( abang Adi ) dia chek kat Air Asia ada promotion Air Asia buat dia tanya nak p dak...tanya Zu tentu-tentu nak p kemudian Zu text adik ipar tanya dia nak p tak dia ckp mak nak p. kebetulan mak mertua zu memang dah lama duk ajak kami p sabah dah ada peluang ni kami terus book tiket semua urusan abang Adi yang buat kami bank in duit je kat dia.Alhamdulilah segala dirancang semua berjalan lancar.Sampai kat airport kota kinabalu kami tak cuak sangat sebab abang zu dia dah pernah pergi jadi tak de la terpinga-pinga kami nak tuju ke mana, semua lancar je, nasib dia pernah pergi semua memudahkan urusan kami. Sabah bagi zu ok orangnya yang ramah-ramah emmm cuma satu je makanan dia agak mahal jugak tpi tak tahu la kot sebab tengok kami orang luar saja nak kenakan bayaran mahal apa pun biasala mana-mana kita pergi situasi macam ni memang akan terjadi so kami terima je la tak merungut mana pun...apa yang menariknya setiap hidangan mesti akan disediakan sup secara percuma sampaikan makan nasi lemak pun ada sup hehhe jadi zu nasihatkan kalau sapa-sapa p Sabah tak payah susah nak oder sup sebab memang wajib dihidangkan sup hehhe macam suami zu terkena dia oder sup sedangkan sup memang akan diberi percuma dia terlupa hehhe terpaksa habiskan sup dua mangkuk. Tempat yang zu rasa paling best rasanya dekat Kinabalu Part best. Tempat ni kiranya kaki gunung Kinabalu la dan juga tempat untuk para pendaki gunung memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu. Cuaca di sini memang sejuk kalah cameron highland tau sejuk amat. Zu dapat bayangkan kami yang berada di kaki gunung ni saja dah terasa sejuk apatah lagi di puncak Gunung Kinabalu confirm sejuk giler...Sebut pasal cuaca macam kita tahu perbezaan masa kan tak sama dengan semenanjung, kami keluar se awal enam pagi sudah terang menerang macam pukul 9 pagi waktu di semenanjung memang syok rasanya.Zu rasa seronok pulak waktu di sana ye la kita boleh buat banyak kerja sebelum malam hehhe...pukul 6 petang plak dah macam 8mlm boleh tidur awal sebab dah sunyi pukul 10 dah rasa macm 2 tiga pagi hehhe. Apa pun Sabah memang best untuk dijadikan percutian, dengan laut dan pantai suasana bukit bukaunya yang masih lagi tak rakus pembangunan memang best. Jom jamu mata...




 



suasana pukul 6 petang

 


 


jangan terkejut kalau tengok anjing merata-rata hehe

kaki Gunung Kinabalu


bagi makan ikan kelah


di desa lembu

P/S : Zu terpaksa kecikkan semua saiz gambar lmbt benar nak upload

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara