Friday, October 28, 2011

kebaikkan barli

rasanya banyak orang dah tahu kebaikan barli, lebih-lebih lagi air rebusan barli. Bagi zu sendiri khasiat barli ni memang bagus...dari dulu lagi arwah mak zu galakan kami adik beradik minum air rebusan barli kata mak air barli mampu menyejukkan badan dan untuk melawaskan air kencing. kenapa tiba-tiba zu cite pasal barli ni hehhe sebenarnya semalam badan zu benar-benar rasa tak larat rasa macam nak demam..bangun dari tidur kepala rasa pening badan rasa panas...zu agak zu nak demam tambahan pulak mata rasa macam panas. zu biarkan dulu mungkin kejap lagi akan ok last-last sampai ke lewat maghrib badan zu still rasa tak sedap...rasa tak boleh jadi zu minta suami belikan air barli malam tu jugak nasib baik hujan dah reda..bukan zu tak mau makan panadol tapi tah hati zu kuat kata zu kena minum air barli..lepas minum air barli zu terus masuk tidur dah rasa tak larat rasanya badan ni...alhamdulilah bangun pagi badan zu rasa ok sikit dari semalam..tadi dalam zu ralit layan fb suaimi tiba-tiba letakkan tangan dia kat dahi zu..dia kata dah ok tak panas dah..hehhe sedangkan zu pun dah lupa semalam badan zu panas hahha..dalam hati rasa syukur zu dapat suami macam tu...ok ok zu senaraikan sikit kebaikan barli ni zu ambik dari laman web Panduan Percuma.info

1. serat barli mampu merendahkan kolestrol dalam badan
2. mampu mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung
3. bijirin barli baik untuk menurunkan berat badan kerana mampu bertindak sebagai penahan selera makan
4. menyejukkan badan
5. melawaskan air kencing
6. bagus diminum untuk sesiapa yang merasa nak demam.
rasanya ada banyak lagi...tapi yang ini saja zu kongsikan ye ^^,



No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara