Tuesday, June 7, 2011

Cinta Dia ( bahagian dua )

Di dalam bilik pula lain keadaanya..Haikal benar-benar senang sekali dapat mengusik wanita yang telah lama berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama lagi dia mula bertugas di syarikat milik keluarganya itu. Nur shifa..nama yang simple orang yang simple penampilan yang simple namun, membuatkan aku sekejap saja sudah terjatuh cinta pada gadis itu. Dia sendiri tidak tahu apa silap langkahnya cinta yang cuba diberikan kepada gadis itu tidak lagi bersambut..tiga tahun..tiga tahun hati dia belum lagi aku bisa ceroboh..nak kata aku tak handsome tak menarik kenapa di luar sana ramai saja perempuan-perempuan mengejar aku…bah kan 4 tahun aku berada di luar negara ramai sekali minah-minah salih jatuh cinta kepada aku…kata mereka muka aku iras-iras pelakon lelaki popular di Hollywood Brad Pitt…ye ke?..mungkin juga, kerana aku sememangnya mempuyai darah kacukan inggeris di sebelah ibu aku yang berasal dari England, telah mengambil keputusan berkahwin dengan bapa aku sewaktu mereka sama-sama belajar di England sewaktu dulu.Tengok macam tadi dia buat tak tahu je..dengan kiasan aku, sebaliknya sibuk menunduk muka memandang kertas di atas meja..bahkan tadi bukan aku tak dengar lagi begitu beraninya dia berkata ingn memberi senyuman menggoda kepada aku seandainya aku berleter padanya.
“shifa..shifa bila agaknya hati kau terbuka untuk aku”tangan meraup muka sambil mengeluh, tidak mengapa aku akan terus sabar menunggu kau dengan rela hati menerima aku..susah-susah bawa je lari hihi.bunyi ketukan pintu dari luar bilik mematikan lamunan Haikal mengenai gadis pujaannya itu.
“masuk”sepatah kata kebenaran diberi pada yang berada di luar. Haikal mengambil sususan fail yang berada di atas mejanya itu untuk di semak pada hari ini. Di melihat siapa gerangan tersebut..Rita setiusahanya yang tinggi lampai itu masuk sambil menjijit buku kecil di tangan mungkin ingin memberitahu temujanji aku pada hari ini. Rita memberi senyuman manis kepada jejaka tampan di depan matanya ini.
“ada apa Rita” sambil terus menatap fail di meja haikal bertanya lembut kepada Rita.
“hari ini En Haikal ada lunch opoinment dengan Dato’ Khairudin untuk membincangkan mengenai projek bumiemas pada pukul 1 tengah hari di Mines Hotel..pukul 4 nanti Dato’ Helmi nak jumpa En Haikal di pejabatnya” aku mendogak memandang lihat sebaik mendengar pesannya yang terakhir itu
“papa saya nak jumpa saya ke?” dia tak cakap apa pun pagi tadi waktu breakfast tadi
“oh sebentar tadi setiausah dia call saya untuk memberitahu kepada En Haikal Dato’ Helmi nak jumpa encik pukul 4..untuk bincang hal apa saya tak tahu pulak” hairan?hal apa nak bincang kalau pasal projek permai dia sudah memberi laporan ringkas pada papanya semalam.
“emm kalau macam tu..tak pela..ada apa2 lagi jadula saya untuk hari ini Rita?” gadis berskirt putih berbaju merah itu dipandang tepat.
“hanya itu sahaja jadual untuk En Haikal hari ini..er encik nak minum?” sebaik melihat gelengan bosnya itu Rita mula melangkah menuju ke pintu, belum smepat pintu dibuka dia mendengar panggilan dari bosnya
“suruh shifa buatkan milo o untuk saya” Rita mengerut dahi ,pelik..tadi aku Tanya cakap tak nak…sekarang nak pulak..dah tu nak suruh shifa plak yang buatkan..selalu tau En Haikal macam ni kalau nak air mesti shifa yang buatkan orang lain tak nak..emm bos aku ini ada hati ke dekat shifa…
“ye Rita ada apa lagi ke”teguran Haikal terus membuatkan Rita tersedar dari lamunannya.
“err tak de..ok saya keluar dulu”pintu di tutup rapat..mungkih kah mungkin juga… bisik Rita dalam hati. Meja shifa dituju dia melihat gadis itu ralit sekali menatap skrin computer di depannya itu.
“weh!”bahu shifa di tepuk membuatkan gadis itu terkejut..Rita ketawa melihat telatah shifa yang terkejut bila disergah begitu.
“ish!! Kau ni ish terkejut tau..selalu macam ni..bukan nak bagi salam”mau tak terkejut orang duk ralit semak data di computer di sergah cam tu..lama-lama sakit jantung je aku..kesain jantung aku ini..kesian juga kat aku.apa aku merepek ini..
“ha cik kak seksi kau nak apa” Rita hanya tersengih mendengar pangilan aku kepadanya..satu office sememangnya dah lali dengan imej seksi dia tu dari mula masuk lagi dah seksi kalu tak Nampak peha.. lurah dendam dia ke, tak kena ar pakaian dia hari tu. Tapi dia memang cantik, gadis paling cantik aku rasa dalam office aku ini..dah badan cantik kulit putih gebu ala-ala zizie ezety gitu..Cuma seksi dia je aku tak tahan bukan apa malu tau..aku yang tengok malu tambah la kalau mak dia di kampong tahu..kesian orang tua dia kalau tahu anak dara dia berpakaian cam gini..gamaknya kalau aku pakai macam ni mau ummi aku piat-piatkan telinga aku.nauzubillah…
“tu ha..cik abang handsome kat dalam macam biasa mintak mila o satu…dia nak kau yang buat orang lain tak boleh!..aku hairan la shifa kenapa selalu dia nak kau buatkan air untuk dia sedap sangat ke..sama je rasa dengan kau punya milo dengan aku punya milo”ah ni lagi masalah,milo milo setiuasaha dia ada aku jugak dari dulu duk kena buatkan ah mals betul aku.
“kau punya tak de rasa kasih sayang bila En Haikal minum..shifa lain dia punya buatan milonya itu penuh dengan kasih sayang dan bunga-bunga cinta yang dirasai oleh En Haikal tu” ah mulut tu lagi menyampuk.haaha mereka berdua ketawa besar..aku mencebik pada Siti, sendiri cakap sendiri ketawa huh!!!
“banyakla kau punya bunga-bunga cinta…ah Rita kau ar pergi buat, malas aku nak layan bos kau” Rita berhenti ketawa sebelum membalas cakap pada aku.
“aik En Haikal tu bukan bos kau jugak ke..hihi..ala pergi la nanti marah pulak dia kalu tahu bukan kau yang buat”
“gila ke apa pasal air pun nak marah…ingat dia raja ke..aku kerja sini bukan tea lady ok..dah pergi buat”aku tetap dengan keputusan aku..bukan leh layan budak dua ni.
“pergila shifa buatkan..bukan lama pun kejap je..buat untuk aku sekali” hihi melambak ketawa Siti dengan Rita sebaik Siti habis berkata..aku sudah menghidu bunga-bunga nak mengenakan aku.
“ah aku banyak kerja ar…korang tak nampak ke”aku merengus dah lah keje menimbun diaorang plak macam-macam hal..malas nak layan..aku tekad membiarkan saja suruhan dari En Haikal kepada aku..air milo siapa pun boleh buat la..kecoh je bos aku ini minum je la siapa yang buat pun Kak Leha tea lady office ini buat air bukan tak sedap pun sedap je aku minum banyak songeh plak anak Dato’ Helmi ini.aku terusan mmebebel dalam hati. Rita dan Siti masih terus menyakat aku.
“ Rita!!!air saya mana?”laungan dari En Haikal di depan pintunya membuatkan Rita tersentak, Siti terkejut, aku terbungkam..alamak anak raja dah bising!!!.
“err Shifa nak pergi buat la ni En Haikal” Rita menciut lengan aku sedikit.aku mengerut dahi kepada Rita….apa? soal aku buat-buat tak tahu.
“ buat?dia nak buat ke kalau tangan masih di keyboard tu..”aku mendengar sindiran dari dia
“cepat sikit saya dah dahaga ni..”sekali lagi dia bersuara, namun aku masih lagi tidak berhenti dari membuat kerja aku sebaliknya lagi tekun jari jari ku mengetuk papan kekunci computer di meja aku
“shifa im waiting my milo”tegas sekali kata yang ditujukan kepada aku itu…aku berhenti menaip kerusi aku tolak kuat tanda kurang senang..aku lihat Rita dan Siti terkejut dan sedikit tergamam melihat tindakan aku..mungkin kali pertama melihat sikap aku sebegitu..ye la mereka semuakan gelarkan aku si ayu dan bersopan dalam office ini..err aku pun sebenarnya terkejut jugak, macam mana aku boleh tertolak kerusi yang ku duduk ini sehinggakan hampir saja tergolek kerusi itu kalau tidak di sambut oleh Rita yang sememangya sedari tadi berada di tepi kerusi aku. Aku terus saja melangkah menuju ke arah pantry di belakang office kami dengan perasan malu..huhu aku malu dengan isiden tertolak kerusi tadi.dah tu aku terpaksa pula lalu di hadapan En Haikal yang satu-satunya jalan untuk menuju ke pantry itu.. plak tu, dia yang sahih-sahih dapat tengok kelakuan aku tadi..argh!! malu-malu serasa macam nak tutup je muka aku dengan tudung yang kusemat elok di dada aku ini.
“marah ke?”aku mendengar lembut sekali En Haikal bertanya kepada aku..walaupun suaranya pelahan tapi dah mampu membuatkan aku kecut perut..takut kalau-kalau dimarahi dia kerana enggan menurut arahanya tadi..takut punya pasal aku tak menjawap soalannya sebaliknya laju je kaki melangkah ke pantry untuk membuat air yang dimintanya tadi..ye air yang penuh dengan kontraversi di pagi hari. Aku mengambil cawan untuk membuat milo o yang diminta oleh bos aku, tin milo yang berada pada paras kepala aku segera aku capai, tin kubuka dan kucedok dua sudu milo dan ku masukkan ke dalam cawan yang kuambil tadi..sambil mengacau air dalam cawan aku mula rasa menyesal dengan sikap degil aku tadi..Shifa kalau kau buat je tadi tanpa bantahan tak le jadi perkara memalukan itu..ish bukan susah pun suruhan En Haikal itu…buat air je.. macam kau tak pernah buat, hari-hari kau buat benda itu…bukan susuh pun..menyesal-menyesal itu la derhaka lagi pada bos bukankah dah malu..satu office tengok perangai buruk kau tu..huhu aku malu..
“marah ke?” suara itu betul-betul di tepi telinga aku. Aku asyik membebel sendirian itu terkejut menerima pertanyaan secara tiba-tiba itu. Lantas saja aku berpaling menoleh untuk melihat gerangan pemilik suara yang berada di belakang aku.
“errr En Haikal..er tak la saya tak marah pun..err lagipun dah memang tugas saya kan” aku menutur sepatah-patah. Apa keluar daripada mulut aku kontra benar ayatnya dengan bebelan aku tadi kepada Lisa.tambahan pula aku terasa berdiri sekejap bulu roma aku mendengar pertanyaan En Haikal tadi yang kukira berada dekat sekali dengan aku..tangan aku sedikit terketar sambil mengacau air milo di cawan. Aku bertambah kalut lagi apabila kedua-dua tangan En Haikal diletakan di atas meja tempat aku berdiri membuatkan aku tak boleh bergerak, tangan kirinya di sebelah tangan kiri aku dan tangan kanannya di sebelah tangan kanan aku..En Haikal pula berada begitu rapat di belakang aku. Larian jantung aku bertambah laju aku rasa.aku terus mengacau air
“saya rasa dah larut serbuk milo tu tak payah kacau lagi airnya”romantik sekali aku mendengar suara dia yang seakan berbisik di telinga aku..ah!!hati aku mula kacau bilau
“err ha..dah larut..er minuman En Haikal dah siap pun boleh Encik minum sekarang”niat aku nak berpaling dan suruh saja dia mengambil sendiri minumannya tapi kedudukan kami yang kukira agak rapat tu menyukarkan aku…ish kalau aku berpaling munkin muka aku dan muka dia ah tidak-tidak..macam mana ni
“En Haikal ada panggilan-“aku terkejut mendengar suara Rita..kukira En Haikal pun sama kerana dia cepat-cepat menjarakkan jarak kami berdua.fuh!! selamat
“ye Rita?”dia bertanya kepada setiusahanya yang berada di depan pintu pantry itu. Kulihat En Haikal melurut tangan di belakang lehernya dua tiga kali..agak gelabah sedikit reaksinya. Aku pulak pura-pura mengacau air di dalam cawan…berapa lama daa mau kacau.
“panggilan dari Dato’ Helmi En Haikal” Rita memandang ke muka aku sebaik saja En Haikal berlalu pergi menjawab panggilan telefon seperti yang diberitahu Rita tadi.
“ehem..ehem kau buat apa tadi ek?”pen yang berada di tangannya di angkat menunjuk ke arah muka aku..tersengeh-sengeh dia menanti jawapan aku. Aku mengerut dahi seraya berkata
“buat apa?..buat apa lagi buat air la..kan tadi kau yang beria-ia suruh aku” aku menghulur mug berwarna merah yang berisi air milo yang kubuat tadi kepada Rita....dia lupa ambil laju je masuk ke dalam.
“nah!!ini untuk bos kau..kalau kau nak buat sendiri aku malas nak buat keje banyak lagi yang tak siap” cepat-cepat saja aku mengelak diri dari di soal panjang-panjang oleh Lisa nanti. Aku biarkan saja renungan semacam ala-ala sinis si Rita tu. Pantas aku berjalan ke meja dan terus menyambung kerja dengan diam tanpa pandang kiri kanan lagi…huhu malu sih!!!.

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara