Thursday, March 3, 2011

Vitamin

hari ini zu saja je cari-cari info mengenai jenis2 vitamin untuk badan kita. zu pun tak tau kenapa tiba-tiba je zu berminat nak tahu mengenai jenis-jenis vitamin...tak slah rasanya menambahkan sedikit ilmu yang ada. bagi zu la dari kita menghabiskan duit untuk membeli pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan yang berlambak di pasaran lebih baik rasanya kita kenali dulu sumber vitamin yang terdapat di dalam makanan seharian kita. bukan kah lebih berjimat macam tu..sometimes kita beli produk sampai beratus ratus bahkan sampai beribu but tiada juga sebarang kesan...tak payah pergi kepada contoh yang jauh...zu sendiri almi benda ni..beli beratus-ratus sesebuah produk tapi tiada hasil juga... bila kita dah tahu kelebihan dan kebaikan vitamin dari situlah kita dapat manfaat...kita dapat tahu dari sumber mana kita perlu ambil lebih makanan mana yang perlu kita kurangkan...ye la setiap tubuh badan seseorang tu tak sama..antara banyak-banyak vitamin la zu rasa orang lebih suka nak ambil vitamin c espcly kaun wanita la...kan vitamin c bagus untuk kulit..mampu bertindak dalam pengekalan kollegen dalam tubuh badan kita...kan kollegen tu untuk kulit...biasala kaum wanita ni memang sangt pentingkan kulit terutama bahgian kulit muka..memang penting...maka tak hairanlah berlumba-lumba nak suntik vitamin c untuk cantikan kulit...tapi sebenarnya vitamin A juga penting untuk kulit sebab jika seseorang itu kekurangan vitamin A akan menyebabkan kulit menjadi kasar, kering dan berjerawat..sebab tu la rasanya kita kena ada sikit pengetahuan mengenai kebaikan vitamin ni.. jom kita study sikit mengenai jenis-jenis vitamin yang zu perolehi dari www.infosihat.gov.my

Vitamin, Garam Galian & Supplemen

Apakah supplemen vitamin dan garam galian?
Pil vitamin atau garam galian yang diambil sebagai tambahan kepada makanan.

Adakah supplemen vitamin dan garam galian diperlukan?

■Jika anda sihat dan makan makanan seimbang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia, supplemen tidak diperlukan, (melainkan jika anda mengandung atau bila dinasihati oleh Doktor atau Pakar Pemakanan).
■Jika anda perlu mengambil supplemen, sila rujuk kepada Doktor atau Pakar Pemakanan anda.
■Dos supplemen yang berlebihan boleh memudaratkan. Sila ikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005).
Apakah jenis supplemen vitamin dan garam galian yang biasa?

■Vitamin A
■Vitamin C
■Vitamin B12
■Zat besi
■Zink
■Kalsium
■Asid Folik
•Iodine


--------------------------------------------------------------------------------

Vitamin A

•Kepentingan

Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
◦Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
◦Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
◦Kulit yang sihat
◦Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.
•Kekurangan

Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
■Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
■Kulit kasar, kering dan berjerawat;
■Masalah penghadaman;
■Batu karang (ginjal);
■Rabun malam
■Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.
•Sumber

Sumber Vitamin A yang baik adalah :
◦Hati, telur
◦Marjerin
◦Susu penuh krim dan susu rendah lemak
◦Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
•Keracunan
◦Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
◦Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.

--------------------------------------------------------------------------------

Vitamin C

•Kepentingan

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
◦Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
◦Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
◦Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
◦Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.
•Kekurangan

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
◦Skurvi
◦Kurang daya tahanan
◦Pendarahan gusi.
•Sumber

Sumber Vitamin C yang baik adalah :
◦Jambu batu
◦Betik
◦Belimbing
◦Mangga
◦Buah Sitrus (Limau)
◦Sayuran berdaun hijau
•Keracunan
◦Cirit birit
◦Ganguan gastro usus
◦Pembentukan batu karang (ginjal)
◦Penambahan asid urik

--------------------------------------------------------------------------------

Vitamin B12

•Kepentingan

Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin B12 juga dikenali sebagai Asid Folik)
◦Ia digunakan dalam pembentukan sel darah merah
◦Ia juga membantu dan mengekalkan pelindung selaput saraf.
•Kekurangan

Simtom kekurangan Vitamin B12 ialah:
◦Pernicious Anemia
◦Lumpuh otot dan urat saraf.
•Sumber
◦Daging
◦Ikan
◦Ayam/itik
◦Prodek tenusu
◦Telur
◦Hati

--------------------------------------------------------------------------------

Zat Besi

•Kepentingan

Zat besi adalah garam galian yang diperlikan dengan sedikit tetapi sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-hemoglobin dan kepentingannya adalah:
◦Memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
◦Pembentukan myoglobin dalam otot
◦Pembawa oksigen
◦Terlibat dalam penggunaan tenaga .
•Kekurangan

Secara amnya kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
◦Anemia
◦Simptom 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' dikalangan kanak-kanak
◦Dikalangan orang dewasa kerap kali menyebabkan keletihan
•Sumber
◦Hati
◦Beef
◦Ayam/itik
◦Ikan
◦Cengkerang
◦Telur
◦Kekacang
◦Kacang kering
◦Buah prun kering
◦Jus buah prun
◦Bijiran - yang ditambah dengan zat besi
◦Gandum penuh
◦Roti yang diperkaya dengan galian dan bayam
•Keracunan
◦Boleh merosakkan hati dan pancreas,
◦Kemungkinan peningkatan risiko untuk barah dan penyakit jantung.

--------------------------------------------------------------------------------

Asik Folik

•Kepentingan
◦Juga di kenali sebagai Folate.
◦Diperlukan untuk menghasilkan sel batu terutama sel darah merah.
•Kekurangan
◦Kelesuan
◦Keletihan
◦Kurang daya tumpuan
◦Cepat marah
◦Pening
◦Jantung berdebar
◦Sesak nafas
◦"Neural tube Defect" (kekurangan semasa mengandung)
•Sumber
◦Kekacang
◦Sayur daun bewarna hijau

--------------------------------------------------------------------------------

Kalsium

•Kepentingan
◦Terlibat dalam proses penambahan garam galian dalam pembentukan tulang dan gigi janin
◦Kontraksi dan relaksasi otot,
◦Fungsi-fungsi saraf,
◦Pengawalan selular dalaman,
◦Cofactor enzim selular luaran,
◦Pembekuan darah dan tekanan darah
•Kekurangan
◦Osteoporosis,
◦Pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut.
◦Osteomalasia
◦Rikets
•Sumber
◦Susu dan produk tenusu,
◦Ikan (Bertulang),
◦Tofu,
◦Kekacang,
◦Brokoli
◦Bayam
◦Cekur manis
◦Makanan yang diiperkaya dengan kalsium
•Keracunan
◦Batu karang (ginjal).

--------------------------------------------------------------------------------

Zink

•Kepentingan
◦Pengangkutan untuk Vitamin A,
◦Deria rasa,
◦Penyembuhan luka,
◦Produksi sperma,
◦Perkembangan bayi,
◦Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.
•Kekurangan
◦Kurang selera makan,
◦Tumbesaran kanak-kanak terbantut,
◦Kelembapan perbentukan organ seks,
◦Penurunan fungsi imuniti,
◦Lambat penyembuhan luka.
•Sumber
◦Hati
◦Daging
◦Ayam/itik
◦Makanan laut
◦Kekacang (OffalsNuts)
◦Bijiran
◦Kekacang
◦Bijiran penuh
•Keracunan
◦Demam,
◦Muntah,
◦Cirit birit,
◦Gastrik
◦Pening

--------------------------------------------------------------------------------

Iodin

•Kepentingan
◦Membantu dalam pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.
•Kekurangan
◦Pembesaran kelenjar tairoid (goiter)
•Sumber
◦Makanan laut
◦Garam beriodin
•Keracunan
◦Sensasi panas dalam mulut, tekak dan perut
◦Sakit perut
◦Demam
◦Loya
◦Muntah
◦Cirit Birit
◦Hypotyroidism
◦Goiter

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara