Sunday, November 14, 2010

kisah oktober + november

alahai lamanya tak update this blog...biasala update ikut mood...datang mood malas tu so bersawang la blog ni tak dicuci hehhe...

* * *

kisah satu~~nak story sikit aktiviti hujung oktober dan awal bulan november yakni bulan 11..errr awal-awal bulan zu family g melaka ikut rombongan perkahwinan sepupu sebelah suami yang telah berkenan hati dengan orang negeri Hang Tuah. alang-alang dah sampai melaka tak syok la kalau tak pergi umah abnag aidy...so zu dicided kami bermalam je kat umah abang aidy...rombongan yang lain diaorang bermalam di homestay di area pantai klebang. agak letih jgk ikut rombongan pengantin kali ini..emm myb jauh kot...tak ramai cuma tiga biji kereta je. bertolak hari jumaat 29hb awal2 pagi sampai melaka around 1.30 pm...kena sampai awal coz jumaat petang tu diaorang akad nikah..memang penat...rehat kejap petang tu kena siap-siap untuk menghadiri akad nikah plak mlm plak ada majlis berinai kecil so kena turun plak pada malam...first time g kenduri di melaka agak menarik jugak dengan bunga api, kompang, pengantin bersanding dengan pakaian ala-ala jawa semua tu pada malam inai kecil..esok plak bersanding dan berkompang lagi..baju jangan cakap la dah berpasang-pasangnya bersalin huhu dasyat. lepas acara kenduri habis maka bermula acara bebas hehhe meronda di melaka actualy dah banyak kali g malaka dah tak tahu nak g mana tapi mak mertua zu teringin nak naik melaca river cruise naik bot waktu malam di sungai sekitar melaka..agak best jugak naik bot ini ada waktu siang dan malam tapi kami pilih nak naik malam sebab naik malam lebih cantik permandangan tepi sungai tu sebab diserikan dengan keindahan lampu yang di pasang di sekitar sungai. memang satu pengalaman yang menarik. kami bertolak balik hari ahad ingat nak terus balik tapi sebab kami bertolak awal pagi rasanya sempat lagi kalau naik cameron higland ni hehhe zu suruh hubby menghala ke cameron je. naik atas beli sana beli sini kami turun dah agak gelap sampai umah mak mertua (kena hantar mak mertua ngan adik ipar dulu) dah kul 10 lebih.


* * * * *

cerita ke dua ~~ kenduri lagi. kali ini sebelah lelaki plak di taiping...emm kenduri sini kami bermalam di rumah kenduri. jumaat 5hb lepas hubby sembahyang jumaat kami terus balik kulim ambik mak ngan adik malam lepas maghrib kami terus ke taiping. dalam sibuk menerima tetamu hujan turun dengan lebatnya. biasala bandar taiping antara tempat paling rendah di semenanjung maka tidak hairanlah bandar taiping menrima purata turunan hujan yang paling tinggi di semenanjung malaysia tambah-tambahan di musim-musim kentujuh ni. hujan reda je zu ajak balik ohh sikap buruk zu, tak betah duduk umah orang lama-lama..tak tahu.. umah kakak abang sendiri pun zu buat perkara sama. emmm sorry mak, menantu mak ni berperangai macam ni hhehe.



~cerita panjang berjela kalau tak letak dua tiga pic tak menarik kan entry ni so layan pic di bawah.

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara