insan yang paling zu sayang dalam dunia ni iaitu kekanda tercinta cikgu Zuraidi Bin Ibrahim.Time dulu dua orang memandangkan cikgu Jasni Bin Ibrahim telah meletakkan jawatannya sebagai seorang guru dengan memilih kerjaya lain ( pegawai sukan ) maka dua tiga tahun ni hanya abang Aidy je dalam keluarga kami yang bergelar seorang guru.Bila diingat mengenai hari guru dulu time sekolah rendah zu rajin gak bagi hadiah pada cikgu-cikgu kat sekolah. hadiah yang paling zu ingat sampai sekarang adalah zu pernah bagi bunga kepada seorang cikgu lelaki ahaks bukan pe saja suka-suka tambahan plak cikgu tu cikgu baru maka kami yang perempuan-perempuan ni berlumba-lumba la nak bagi hadiah wah gedik jugak zu hihi..yang kelakarnya bukan bunga ros ke apa sebaliknya bunga hutan tau hihi, dulu belakang umah zu ada hutan arwah mak la tukang cari bunga dan gubah memang cantik sayang tak tangkap gambar ye la dulu mana ada camera pun.Cantik sangat sebab mak zu memang seorang yang kreatif dalam bab-bab hiasan bunga dan menghasilkan bunga. Kalau dia buat bunga ros daripada kertas bunga confirm jadi sejibik macam bunga ros cantik sangat. sayang bakat dia tak ade turun kat kami adik beradik. Bercakap mengenai cikgu plak zu sampai sekarang masih ingat dekat cikgu sejarah form 6 Cikgu Sophia nama dia.Dialah antara cikgu yang zu sayang sebab apa sebab dia membuatkan zu jatuh cinta dengan dunia sejarah. Seronok sangat time dia ngjar walaupun dia garang jugak time ngajar hihi sebab kami yang dah besar panjang ni kalau tak boleh jawab soalan yang ditanya pasti denda berdiri atas kerusi hihi malu beb..tapi zu jarang kena sebab zu semendang je boleh jawab ahaks hihi.Mungkin sebab cara dia ngajar kot membuatkan zu sentiasa teringat dia. Harap sangat satu hari dapat jumpa dia. Terima kasih cikgu.
Cikgu Zuraidi kalu dia ajar math kat zu, zu yang bebai marah dia haha sebab zu memang bebal ngan math
No comments:
Post a Comment