Thursday, May 13, 2010

Puding Roti Marble


Zu nak kongsikan cara membuat puding roti marble ini yang Zu perolehi daripada novel Resepi Hati hasil karya Iejay Zakaria


Bahan-bahanya:


4 keping roti

2 biji telur

1/2 cawan susu pekat

170 ml susu cair

8 gram serbuk agar-agar

1/2 cawan gula

2 sudu mentega/majerin (dicairkan)

3 1/2 cawan air

2 sudu besar serbuk koko


Cara-caranya:


1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan air ke dalam periuk.

2. Sambil itu kisar roti, telur, susu pekat, susu cair, dan baki air tadi. kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi.

3. Masukkan mentega / majerin dan kacau rata sehingga mendidih. kemudian padamkan api.

4. Bahagikan adunan kepada dua. satu adunan dibiar dengan warna asal dan satu adunan lagi masukkan serbuk koko. adunan mestilah dikacau cepat-cepat.

5. Tuang kedua-dua adunan ke dalam loyang secara berselang seli.

6. Sesudah siap bolehlah disimpan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya satu jam.
Selamat mencuba ;-)

2 comments:

irenedahayu said...

rajinnya.... nanti leh mai hantak kat ila siket...

zue said...

hihi insyallah nti kalu ada rzki leh antq kat ila..

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara