aku baru je habis menonton sebuah filem hindustan di saluran zee (astro), bagi aku sebuah filem yang sangat menarik..lain daripada filem hindustan yang kita sering lihat yang penuh dengan adegan percintaan antara lelaki dan wanita (yang seksi2 belaka bagi aku) filem yang penuh dengan lagu2 yang panjang serta meleret2..malam ni aku temui satu kelainan dalam filem tersebut Tera Zameen Par sebuah filem yang menyentuh mengenai seorang kanak-kanak bernama Ishan yang berusia dalam lingkungan 8 ke 9 tahun yang masih sukar membaca sehingga menimbulkan kemarahan kepada ayahnya dan sebagai hukuman menghantar anaknya ke asrama sebagai cara untuk menjadikan anaknya pandai..namun kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak mengetahui bahawa anak mereka sebenarnya mengalami masalah disleksia yang mana sesetengah angka dan huruf tidak difahami dan sering ditulis terbalik, aku terdetik bertapa ibu bapa lebih pentingkan anak-anak untuk sentiasa mendapat no satu sehingga memaksa anak-anak kita tekun belajar tanpa kita mengetahui dan mengambil tahu masalah atau konflik yang melanda emosi di dalam diri anak-anak kita..filem ini aku rasa benar-benar memberi pengajran serta membuka mata dan minda kita untuk lebih berfikir mengenai dunia lahiriah anak-anak kita dengan telus. pandangan aku, sebagai ibu bapa yang merupakan orang yang menjadi penlindung dan penyelamat pada anak-anak kita, tidak seharusnya memaksa anak-anak kita dengan terus-terusan seandainya anak kita tidak sehebat anak jiran atau anak sesiapa yang sebaya dengan anak kita, sebaliknya berilah kata-kata semangat kepada anak-anak kita agar semangatnya tidak mati apabila kegagalan yang dia perolehi, yakinkan semula kepada anak kita agar dia mampu bangun semula dan terus melangkah dengan yakin. filem ini benar-benar memberi motivasi kepada para ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami masalah tersebut. usah kita malu andai anak kita tak pandai seperti anak orang lain sebaliknya berikan ia sepenuh kasih sayang agar ia menjadi anak yang berguna kelak pada kita, bangsa, masyrakat, negara dan juga agama. ingat! anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment