Friday, August 14, 2009

H1N1..dedah lokasi panas

seperti yang kita tahu kes selesema babi atau influenza A (H1N1) mula menunjukan peningkatan angka kematian di negara kita.. tadi saja dilaporkan di berita kematian tiga orang yang mana salah seorangnya melibatkan seorang remaja yang berusia 19 tahun sekali gus meningkatkan jumlah kematian sebanyak 51 orang. daripada itu adalah wajar sekiranya pihak kerajaan yakni pihak kementerian kesihatan sewajarnya perlu untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tempat-tempat yang berisiko tinggi dalam berlakunya penularan wabak tersebut. sekurang-kuranganya dengan pendedahan tersebut, masyarakat dapat berwaspada dalam menghadapi dan berdepan dengan wabak tersebut agar lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri. satu lagi dalam paper utusan malaysia, di Sharjah ,Emeriyah Arab Bersatu penduduk sana mempercayai lada hitam dapat mencegah jangkitan selesema tersebut. caranya dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan diminum pada waktu pagi. penemuan ini berdasarkan pada satu penyelidikan yang dilakukan di china. semoga negara kita dapat menangani wabak tersebut..

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara