Tuesday, April 5, 2011

Potong kuku

Zu ingat lagi masa zaman remaja arwah mak zu suka marahkan zu sebab suka potong kuku malam..katanya rezeki akan lari..zu dulu memang ikut dan je bila nak potong kuku sampaila satu hari zu terjumpa satu artikel mengenai potong kuku cara Islam. sebenarnya dalam Islam ada cara-cara atau telah diberitahu mengenai cara yang betul untuk seseorang memotong kuku. misalnya di sunatkan pada hari isnin, khamis dan jumaat untuk umatnya memotong kuku.Islam juga menunjukan cara betul untuk seseorang itu memotong kuku iaitu dimulakan dengan jari telunjuk di tangan kan diikuti jari tengah dan seterusnya. zu terjumpa satu petikan ini di sebuah laman blog yang membicarakan mengenai tajuk ini. jom share sedikit info ini.

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani). RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:- Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah S.W.T




urutan memotong mengikut sunnah Nabi

1 comment:

Zulma Izati said...

suka2.. info yg bgus.. tw bgus ptg kuku ari jmaat ja n xtw knp ari2 len xleh ptong kuku..thanks.. :)

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara