Friday, August 6, 2010

MaTi Itu PaStI

lama tak update blog zu ni...hari ini ada kematian di depan umah zu..nenek kawan zu meninggal dunia sakit tua. zu panggil dekat nenek membe ni tok jang Timah...beliau meninggal dalm usia yang agak lanjut..sebelum ni memang kesihatan beliau amat merosot...tapi semua tu penyebab saja...sebenarnya janji beliau dengan Allah dah sampai. Al-Fatihah saja zu mampu sedekahkan buat arwah Tok Njang Timah. semasa hayat beliau, beliau memang seorang yang agak baik dan merupakan tukang urut serta boleh juga digelar bidan kampung. Zu doa semoga roh beliau di tempatkan di kalngan mereka yang di sayangi Dia. apabila berlaku kematian zu pasti teringat insan-insan tersayang yang telah pergi menemui Dia. ketika zu berusia 8 tahun zu telah kehilangan bapak zu..ingat lagi waktu tu awal pagi arwah mak kejutkan zu yang sedang tido mak kata "adik pak dah tak da"...tapi waktu tu zu hanya tahu bapak zu meninggal tapi tak faham lagi maksud sebenar kematian...sampai la seminggu dua zu mula rasa kehilangan sebenar seorang bapak apatah lgi zu lebih manja dengan bapak zu..bapak seorang yang amat penyayang pada anak-anak dia sekali pun zu tak pernah dijentik atau dimarah wal hal zu anak yang cukup nakal pada usia kecil hhehe...kehilangan ke dua yang paling mendalam kesedihan dalam diri zu adalah kehilangan kakak tersayang waktu itu zu sudah berusia 18..masa zu di tingkatan enam bawah...berbulan lamanya zu meratapi kematian kakak kesayangan zu...bayangkan malam itu sempat lagi zu berbual mesra dengan kakak awal pagi (subuh) kami sekeluarga dikejutkan dengan satu panggilan yang mengatakan kakak zu sudah meninggal dunia dalam tidur...sepnjang perjalnan dari penang ke KL zu menanggis...Kakak zu tinggal di KL..hari2 yang zu lalu hanya semangat saja yang membolehkan zu tabahkan hidup...tidak sampai dua bulan kakak zu lagi seorang pula meninggal dunia...zu sedih tengok anak-anak buah zu yang kehilangan mak dalam usia yang sangat muda...tambahan pula kakak zu meninggal sewaktu dalam pantang melahirkan baby kembarnya...sayu hati zu tengok anak-anak kecil dia yang tak sempat mengenal ibu mereka...tapi siapa kami nak melawan janji Allah...kemudian usia 22 tahun arwah mak pula pergi meninggalkan zu seorang diri...zu ingat lagi zu di tahun akhir pengajian ketika itu..tuhan saja tahu perasaan zu apatah lagi zu tidak sempat memohon maaf kerana sampai di umah mak zu sudah meninggal...bahkan pada mlm itu bateri hanset ju pula kehabisan..abng dan kakak2 zu cuba hubungi zu untuk memaklumkan ketiadaan mak pada mlm itu..zu hanya tahu apabila awal pgi zu sampai zu lihat sekujur tubuh milik mak zu sudah ditutpi kain...zu menanggis semahu-mahunya sebab tak sempat berada di sisi mak waktu penghabisannya...zu sedih sangat...zu yakin mak zu mesti tertunggu2 kepulangan zu..hanya satu saja zu mohon agar segala dosa zu diampunkan mak...halalkan air susu, makan dan minum zu sepanjang mak besarkan zu...lepas mak tiada hidupla zu dengan sisa-sisa semangat yang mak tinggalkan..sampai sekarang hati zu masih merindui mak dan kakak-kakak tersayang...kehilangn mereka tiada gantinya. mereka la peniup semangat pada zu selama ini tatkala zu kecewa, sedih dan sakit. insan-insan inilah yang selalu berada di samping zu...insan-insan ini juga yang sentiasa bangga dengan diri zu dan hargai zu dengan seadanya...Al Fatihah buat insan-insan tersayang.. walau hujung nyawa zu sekali pun zu tetap mengingati insan-insan ini dan terhutang budi buat mereka di atas kasih sayang yang ikhlas buat diri zu yang serba kekurangan ini....miss them very much!!!

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara