Wednesday, May 12, 2010

Dari novel kubuat puding?

hari selasa lalu zu g enconsave dekat p.buntar. memang tempat tu selalunya kami beli barang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya. selain membeli kemudian belah satu kedai ini zu rasa suka singgah (wajib singgah hahha sebenarnya) sebuah kedai dalam econsave tu satu-satunya kedai yang menjual novel. almaklumla zu kan kaki novel tahap serius tak de ubat dah untuk merawatnya hihi..belek punya belek zu tertarik dengan sebuah novel ni yang bertajuk Resepi Hati karya penulis baru bagi aku terbitan NB kara my favriot writer Norhayati Berahim. Apa yang aku simpulkan dari novel ini ialah menarik lain daripada novel-novel yang pernah zu baca sebelum ni.Apa yang menariknya mengenai novel Resepi Hati ini ialah novel+ buku resepi. hehehhe beli novel secara tak lansung zu jugak beli buku resepi. Ini sebabnya dalam novel ni turut di sertakan setiap resepi hidangan yang digambarkan oleh penulis buku ini di dalam novel beliau. zu sambil baca duk belek resepi dalam novel tu membuatkan perut lapar tengok gambar-gambar hidangan dalam novel tu hihi. salah satu resepi yang zu tertarik ialah puding roti marble..hari ini zu bersemangat tul beli barang-barangnya dan buat. senang je cara nak buatnya.sedap tau hihi..so hidangan petang tadi untuk suami tersayang adalah puding roti marble. Dah tau cara buatnya bolehla buat lagi nanti. Tak pun nak try resepi lain plak yang terdapat dalam novel ini. syabas buat Iejay Zakaria kerana novel kreatif anda :-p
berkenan kat cover dia cute hihi itu yang beli

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara