Wednesday, August 19, 2009

ramadhan menjelma lagi

ramadhan tahun ketiga aku sambut tanpa mak..tahun lepas ramadhan benar-benar memberi sejarah baru kepada aku, kali pertama kusambut sebagai seorang isteri dan tanpa ibu tersayang..aku masih ingat lagi ketika dipagi raya aku cium tangan mak dan ayah mertua aku, aku rasa sebak sangat-sangat kerna aku tak berpeluang lagi mencium dan mengucup tangan seorang yang benar-benar bermakna dalam hidup, seorang insan yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang..ia emak aku..rindu sangat-sangat sambut ramadhan tanpa mak..rai aidilfitri tanpa emak..aku benar-benar rasa tak puas aku menjadi anak kepada insan yang bernama Aishah@rafeah binti Man itu..mak yang selama ini membesar aku kerna bapak aku meninggal sewaktu aku berusia 8 tahun lagi..banyak lagi perkara yang aku ingin kongsi dengan mak aku..banyak benda lagi yang ingin kuberi kepada mak aku..banyak lagi janji-janji aku yang belum aku tunaikan pada mak..aku merancang segala-galanya pada insan yang kupangil mak itu...tapi Allah itu maha kuasa hanya meminjam mak kepada ku hanya untuk 23 tahun saja..segala-galanya aku kena tempuhi suka duka hidup aku, aku terpaksa tempuh tanpa insan yang selama ini tempat aku bergantung harap..bergantung semangat...tanpa mak aku rasa aku seorang diri di dunia yang mencabar, tanpa mak aku hampir hilang arah..mak segala-galanya dalam diri aku...banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku yang aku rasa aku hanya selesa berbicara dengan mak..aku pendam segalanya dalam diri aku kerna aku tiada mak untuk aku luahkan..aku simpan segala suka duka perjalanan hidup aku dalam hati aku,,di situlah tempat yang kurasa selamat selepas mak..mak adik doakan agar arwah mak tenang bersemadi di alam sana..terima kasih segala-galanya..ramadhan kusambut tanpa insan yang kusayang

No comments:

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Hak Milik Zue Zara